Thursday, May 17, 2012

FIESRA - festival makanan utara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom ramai2 kita memeriahkan FIESRA!!! Banyak aktiviti yang dijalankan dan pelbagai makanan Utara untuk semua!

MAI CHEQ MAI~~ :D




anjuran gabungan anak pulau pinang ( GAPP )
18- 20 Mei 2012 
padang kawad USM 

*p/s : Jangan lepaskan peluang anda!!

Monday, March 12, 2012

GAPP @ Berita Kampus

Akhbar : Berita Kampus USM
Terbitan : 5 Mac 2012

Monday, February 27, 2012

Konvensyen STPM ( USM )

Gabungan Anak Pulau Pinang ( GAPP ) telah mengadakan satu program bersama pelajar sekolah iaitu program Konvensyen STPM peringkat negeri Pulau Pinang . Seramai lebih kurang 147 pelajar dari 11 buah sekolah yang terlibat dalam program tersebut .  Pengarah projek tersebut ialah saudara Mohamad Basri Mohd Saad dan dibantu oleh timbalan pengarah projek saudari Nurul Aini Ahmad Rosli , setiausaha Nurul Marlina Mohd Salleh dan ajk lain . Semua ajk yang terlibat telah datang awal seminggu sebelum hari program tersebut berlangsung . Pendaftaran dibuka pada hari Jumaat bermula jam tiga petang . Program ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam di USM . Pelajar telah di tempatkan di desasiswa restu , indah kembara dan cahaya gemilang .

Pelbagai aktiviti yang telah dijalan selama tiga hari tersebut . Meskipun pelajar terpaksa berjalan kaki dari penginapan masing-masing , ini bukan lah satu halangan bagi mereka daripada tidak terlibat dalam program tersebut. Tambahan pula,ini dapat menambah pengalaman mereka serta dapat menikmati keindahan universiti dalam taman ini . 

program selama tiga hari :














 fasilitator dan urusetia :










program ini tidak berhenti setakat ini , satu group telah diwujudkan bagi menjadi rujukan kepada pelajar untuk mengetahui apa-apa info yang berkaitan . sila singgah sini :)

Friday, January 20, 2012

selamat bercuti

Salam GAPP


Gabungan Anak Pulau Pinang USM mengucapkan selamat bercuti kepada semua siswa dan siswi USM. Semoga cuti ini memberi banyak manfaat kepada kalian semua.

-Noor Hamizah binti Mohd Salleh-
Exco Penerangan dan Informasi

Saturday, December 24, 2011

selamat menghadapi peperiksaan

Salam GAPP


Gabungan Anak Pulau Pinang USM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa USM...semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang...

-man jadda wa jadda - sesiapa yang berusaha, dia akan mendapat hasilnya...
-akar ilmu itu memang pahit tetapi buahnya adalah lazat-
-jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. belajarlah bersungguh - sungguh agar kegembiraan yang dinantikan berhasil-


 Noor Hamizah bt Mohd Salleh
Exco Penerangan dan Informasi

Tuesday, November 29, 2011

explorace

salam GAPP

Pada 27 November 2011, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) telah mengadakan satu explorace di USM. Acara dimulakan di Tasik Harapan dan setiap peserta perlu menyelesaikan tugasan - tugasan di lima check point yang telah ditetapkan. Aktiviti yang julung kali diadakan oleh GAPP ternyata meriah kerana selepas berakhirnya tugasan di check point, peserta perlu kembali ke tempat permulaan dan mereka perlu membakar ayam sendiri menggunakan bahan - bahan yang telah dibekalkan di setiap check point. Ternyata setiap peserta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menyertai explorace tersebut. Jangan lupa untuk menyertai aktiviti GAPP yang akan datang..Chill~~~

 SEBELUM MULA, EXCERCISE DULU

TUGASAN DI CHECK POINT


BBQ SELEPAS EXPLORACE





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH






 

TENAGA PENGGERAK
 


Noor Hamizah Binti Mohd Salleh
Exco Penerangan dan Informasi GAPP

Saturday, November 5, 2011

selamat hari raya


Kami di barisan Majlis Tertinggi dan Exco Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti kepada semua ahli GAPP. Maaf zahir dan batin. Semoga kalian sentiasa mendapat berkat dan keredhaan daripada-Nya..