Salam GAPP
Satu temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan exco dan pembantu exco Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) telah diadakan. Temuduga tersebut telah diadakan pada hari Selasa, 11 Oktober 2011 bertempat di Dewan Utama Pelajar A (DUP A) jam 8 hingga 12 tengah malam. proses temuduga tersebut mendapat sambutan yang baik dari ahli GAPP sendiri. Terdapat kira-kira 80 orang yang telah menghadirkan diri pada sesi temuduga tersebut. Antara panel yang terlibat secara langsung pada malam tersebut terdiri daripada Yang Dipertua GAPP sendiri iaitu saudara Ahmad Azmeer bin Meerasa, Setiausaha Agong iaitu saudari Nurul Marlina bt Mohd Salleh, Exco Penerangan dan Informasi, saudari Noor Hamizah bt Mohd Salleh, Exco Kesukarelawanan, saudari Nabilah bt Najmuddin dan beberapa orang exco lain.
Semasa sesi temuduga dijalankan, terdapat ramai ahli yang dilihat sangat bersemangat untuk menjadi warga kepimpinan GAPP. Namun begitu, para ahli panel telah bersepakat untuk melantik beberapa orang yang dirasakan layak bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Diharapkan mereka yang telah terpilih akan lebih komited dan dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap GAPP. Sekian.
antara panel penemuduga
antara ahli yang hadir untuk temuduga
exco penerangan dan informasi
Noor Hamizah bt Mohd Salleh
Labels: aktiviti, temuduga