Gabungan Anak Pulau Pinang ( GAPP ) telah mengadakan satu program bersama pelajar sekolah iaitu program Konvensyen STPM peringkat negeri Pulau Pinang . Seramai lebih kurang 147 pelajar dari 11 buah sekolah yang terlibat dalam program tersebut . Pengarah projek tersebut ialah saudara Mohamad Basri Mohd Saad dan dibantu oleh timbalan pengarah projek saudari Nurul Aini Ahmad Rosli , setiausaha Nurul Marlina Mohd Salleh dan ajk lain . Semua ajk yang terlibat telah datang awal seminggu sebelum hari program tersebut berlangsung . Pendaftaran dibuka pada hari Jumaat bermula jam tiga petang . Program ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam di USM . Pelajar telah di tempatkan di desasiswa restu , indah kembara dan cahaya gemilang .
Pelbagai aktiviti yang telah dijalan selama tiga hari tersebut . Meskipun pelajar terpaksa berjalan kaki dari penginapan masing-masing , ini bukan lah satu halangan bagi mereka daripada tidak terlibat dalam program tersebut. Tambahan pula,ini dapat menambah pengalaman mereka serta dapat menikmati keindahan universiti dalam taman ini .
program selama tiga hari :
fasilitator dan urusetia :
program ini tidak berhenti setakat ini , satu group telah diwujudkan bagi menjadi rujukan kepada pelajar untuk mengetahui apa-apa info yang berkaitan . sila singgah
sini :)