SALAM 1 GAPP
Pada 3/10/2011, satu majlis perpisahan ringkas Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak telah diadakan di perkarangan bangunan canselori Universiti Sains Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para pelajar yang mewakili persatuan persatuan masing masing. Gabungan Anak Pulau Pinang turut meluangkan masa bagi memberikan sokongan terakhir kepada mantan Naib Canselor USM. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Naib Canselor yang baru iaitu Dato' Omar Osman dan isteri di samping kehadiran pegawai-pegawai USM sendiri. Kami dari Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Tan Sri di atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menjadi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Sesungguhnya, segala bakti dan jasa beliau telah banyak menaikkan nama USM di mata dunia. tidak lupa juga sekalung tahniah kepada Dato' Omar Osman di atas perlantikan beliau sebagai Naib Canselor yang baru. Semoga USM akan lebih berjaya di bawah pentadbiran Dato'.

amanat terakhir dari Tan Sri Dato'
antara ahli GAPP yang hadir ke majlis dan sempat beramah mesra dengan Dato' Omar Osman
KAMI DARI GABUNGAN ANAK PULAU PINANG MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TAN SRI DATO' DZULKIFLI ABDUL RAZAK DAN SEKALAUNG TAHNIAH KEPADA DATO' OMAR OSMAN.
exco penerangan dan informasi
Noor Hamizah bt Mohd Salleh
Labels: aktiviti