Salam GAPP
Pada 10/10/2011 jam 8 malam bertempat di DK K telah diadakan perjumpaan pertama di antara Majlis Tertinngi dan barisan Exco sidang 2011/2012 bersama semua ahli GAPP. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh kira kira 120 orang ahli. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran mantan YDP GAPP sidang 2010/2011 iaitu saudara Muhamad Khazafi yang telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada semua ahli supaya lebih bersemgat menaikkan nama GAPP supaya lebih gah di mata masyarakat USM khususnya.
Pada hari tersebut juga, para pengarah projek telah membentangkan kertas kerja dan cadangan aktiviti yang akan dijalankan pada sidang ini. Antara aktiviti yang telah dirancang ialah baktisiswa, konvensyen STPM, gempak anak Penang, hari interaksi, makan malam dan beberapa aktiviti lain. Diharap semua ahli dapat memberikan komitmen yang terbaik supaya segala aktiviti yang telah dirancang dapat berlangsung dengan jayanya.
ucapan aluan oleh YDP 2011/2012
antara ahli yang hadir
mantan YDP 2010/2011 sedang memberi ucapan
pengarah projek membentangkan projek masing masing
exco penerangan dan informasi
Noor Hamizah bt Mohd Salleh
Labels: aktiviti