salam GAPP
Pada 27 November 2011, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) telah mengadakan satu explorace di USM. Acara dimulakan di Tasik Harapan dan setiap peserta perlu menyelesaikan tugasan - tugasan di lima check point yang telah ditetapkan. Aktiviti yang julung kali diadakan oleh GAPP ternyata meriah kerana selepas berakhirnya tugasan di check point, peserta perlu kembali ke tempat permulaan dan mereka perlu membakar ayam sendiri menggunakan bahan - bahan yang telah dibekalkan di setiap check point. Ternyata setiap peserta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menyertai explorace tersebut. Jangan lupa untuk menyertai aktiviti GAPP yang akan datang..Chill~~~
SEBELUM MULA, EXCERCISE DULU
TUGASAN DI CHECK POINT
BBQ SELEPAS EXPLORACE
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
TENAGA PENGGERAK
Noor Hamizah Binti Mohd Salleh
Exco Penerangan dan Informasi GAPP
Labels: explorace